[SUDAH TUTUP] Webinar E-Invoicing Untuk Kontraktor: Mudah, Patuh & Efisien
Webinar ini akan membekalkan peserta tentang sistem e-invois yang akan dilaksanakan secara berperingkat. Webinar akan menerangkan ciri-ciri, keperluan dan aliran proses e-invois.
About Course
Webinar ini direka khas untuk kontraktor pembinaan yang perlu mematuhi sistem e-Invoicing wajib di Malaysia. Dengan panduan dari pakar dan contoh situasi sebenar, anda akan dapat mengurus invois seperti tuntutan kemajuan, bayaran tertahan (retention sum), dan lain-lain dengan yakin.
Tidak kira sama ada anda kontraktor kecil atau syarikat pembinaan besar, webinar ini akan memberi langkah-langkah mudah untuk memastikan pematuhan dan meningkatkan keberkesanan operasi syarikat anda.



